D.u.i.T.?.?

Sunday 22 February 2009

duit.
duit pembawa masalah.
sama ada kita tiada duit.
ataupun kita ada duit.
semuanya perlu duit.
duit lah penyebabnya.

semasa tiada duit.
kita selalu merasakan susah.
hendak pergi tandas pun perlu duit.
apatah lagi nak mini cooper. huhu.
selalu mengimpikan duit yang banyak.
dihati duit merupakan kebahagiaan.

tetapi.
adakah kita perlu duit untuk bahagia?
adakah berkawan juga perlu duit?
adakah melihat juga perlu duit?
adakah mendengar juga perlu duit?
adakah sembahyang juga perlu duit?
adakah duit punca kebahagiaan?

dan.
adakah anda tahu bahawa mempunyai duit juga bermasalah?
kebanyakkan orang kaya takut kehilangan duit mereka.
sebab itu mereka tidak bahagia walaupun mempunyai duit yang banyak.
mereka juga sentiasa mencari jalan untuk tidak membayar cukai.
adakah anda tahu kebahagiaan yang sebenar tidak dapat dibeli?
kerana kebahagiaan yang sebenar tidak ternilai.
walaupun sekadar senyuman yang ikhlas mampu memiliki kebahagiaan.
tapi adakah dengan duit kita mampu memilikinya?
HAPPINESS IS PRICELESS.

sekarang.
aku hadapi masalah yang sama.
untuk menguruskan duit.
kerana aku seorang yang BOROS.
ya. mempunyai duit juga satu masalah.
apa yang harus aku lakukan?
cuma satu penyelesaian yang aku sentiasa lakukan.
meminta khidmat pengurus kewanganku yang setia.
iaitu ibu bapaku.
kerana kerestuan mereka merupakan satu keberkatan.
dengan keberkatan kita sentiasa hidup bahagia.
serta berdoalah kepada-Nya.

kepada rakan-rakan.
uruskanlah duit anda dengan sebijak mungkin.
sesal dahulu pendapatan.
sesal kemudian tidak berguna lagi.
dan sentiasalah ikhlas dalam perlakuan.
insyaAllah keberkatan menjadi jaminan kebahagiaan.
:D

0 comments:

Design of http://infintyskins.blogspot.com/ | To http://infintyskins.blogspot.com/ by infintyskins.blogspot.com/