KAGUM 2009

Thursday, 19 March 2009

tertutup sudah..
tirai KAGUM 2009 di Bandar Penawar, JOHOR.
memang tidak terduga untukku sampai disana.

pada mulanya untuk suka-suka.
PIKIN mengajakku untuk menyertai tarian.
tanpa memikir banyak, aku terima.
fikirku untuk menambah ilmu dalam bidang tarian.
tetapi terjadi untuk pertandingan.

ahh.. sudah.
kenapa jadi bergini?
aku tidak mempunyai keyakinan untuk bertanding.
ditambah pula dengan kata-kata orang.
banyak yang berkata lelaki menari ni jadi LEMBUT.
walaupun bergitu, aku tidak memperdulikan kata itu.
malah, aku mempersoalkannya.
mengapa jadi LEMBUT?
kenapa mereka berfikiran begitu KOLOT?
tidakkah mereka tahu bahawa tarian itu satu senaman?

huh.. biarkan mereka.
yang penting aku bahagia dalam dunia aku.
ya, menari. itulah dunia barukan akhir2 ini.
sejak dari itu, aku berlatih menari.
dibantu oleh seorang jurulatih dari WARISAN BUDAYA.

menari itu MENYERONOKKAN.
cubalah, pasti nak lagi.
yang pasti, semasa aku berlatih, masa berlalu pantas.
sedar-sedar sudah berjam-jam.
tidak penat. seronok lagi ada.
memang senaman yang menyeronokkan.
akhirnya aku tahu serba sedikit tentang JOGET.

melalui tarian ini juga.
aku berkenalan dengan SENIORku..
kalau tak, haram aku tak kenal depa.
bagus juga kan? mengeratkan silaturahim. :D

13.3.2009
jumaat yang lalu.
aku ke JOHOR untuk pertandingan TARIAN.
mewakili institut untuk KAGUM.
walaupun sebagai simpanan, aku KAGUM aku terlibat.
kebanyakkan kerjaku melihat mereka menari.
sambil menghafal step2 yang mereka lakukan.
nak buat macam mana. nak kena ganti...
aku juga menjadi sebahagian dari kerja2 teknikal.
dapatlah bekerjasama dengan ARTIS institut ni.
haha.

15.3.2009
terima kasih kepada sesiapa yang ingat.
SAYANG anda semua.
yang penting, aku muda lagi tau. haha
baru 19 tahun 12 bulan :P

16.3.2009
hari pertandingan.
walaupun kecewa tidak dapat melayakkan diri
di peringkat akhir..
aku masih KAGUM kerana kita BERUSAHA.
walaupun lecturer mengatakan pengadil berat sebelah.
tapi tidak mengapa.
TAHNIAH kepada ARTIS kita.
menjulang pasukan kebudayaan institut dengan memenangi emas.

haa... berakhir sudah.
didalam gembira timbul kesedihan.
meninggalkan rakan seperjuangan.
mengenang kenangan bersama teman.
sesungguhnya aku bersyukur.
kerana mempunyai kenangan ini.
yang tidak mungkin aku dapat dimana-mana.
:D

0 comments:

Design of http://infintyskins.blogspot.com/ | To http://infintyskins.blogspot.com/ by infintyskins.blogspot.com/